Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, February 14, 2018

Lantikan 3 Exco Akan Melancarkan Urusan Jawatankuasa Persatuan


Jawatankuasa Majlis Tertinggi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak sesi 2018/2020 dengan ini telah bersetuju untuk menubuhkan 3 exco bagi membantu mengelola dan mengatur kerja-kerja harian persatuan.

Hal ini adalah merujuk kepada perlembagaan persatuan, Fasal 8 Jawatankuasa, perkara yang ke sepuluh; 

"Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa."

Tiga exco dan Ketua Exco yang dipersetujui tersebut adalah:

1. Exco Publisiti dan Multimedia
Ketua Exco: Muhammad Hanif Bin Muhamad Aini
Tahun Pengajian di KMPk: 2015/2017

2. Exco Perhubungan
Ketua Exco:Muhammad Aizuddin Bin Mohd Shabarudin
Tahun Pengajian di KMPk: 2014/2016
 
3. Exco Rangkaian Kerjaya
Ketua Exco: Mohamad Irfan Bin Haji Mohd Sapian
Tahun Pengajian di KMPk: 2011/2012

Kami barisan Majlis Tertinggi mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kesediaan untuk bersama melancarkan urusan jawatankuasa persatuan ini bagi sesi kali ini. 

Tinggi harapan kami agar kita semua dapat bekerjasama demi kesejahteraan kolej dan persatuan yang disayangi ini.

Tahniah dan selamat datang.

'Bersama Menabur Bakti'

Muhammad Hilmi Bin Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk

Tuesday, February 13, 2018

Anugerah Timbalan Pengarah, Sireh Pulang ke Gagang IX: Doktor Fauzan, Inspirasi Buat Semua

Anugerah Timbalan Pengarah adalah antara anugerah yang diberikan semasa Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang IX.

Pemenang bagi anugerah ini dipilih daripada kalangan alumni yang mendapat pencapaian tinggi dalam akademik samada di matrikulasi ataupun di universiti.

Kali ini, augerah ini dimenangi oleh saudara Muhd Fauzan Bin Abdul Hamid, bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2010/2012. Beliau baru sahaja tamat pengajian dalam Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery di Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA.

Sejak di matrikulasi, beliau telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan dalam akademik dengan keputusan CGPA 4.0 sepanjang 4 semester. 

Di universiti, beliau meneruskan kecemerlangan, menjadi antara yang konsisten untuk menerima Anugerah Dekan. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Perubatan UniSZA (MediSZA) dan aktif dalam aktiviti persatuan di universiti.

Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi untuk semua pelajar kolej dan alumni untuk terus cemerlang di dalam akademik dan sosial.

Terima kasih kami ucapkan atas kesudian beliau hadir untuk menerima anugerah ini. Kami doakan agar beliau terus cemerlang di masa hadapan.

"Bersama Menabur Bakti"

Sunday, February 11, 2018

Anugerah Alumni Berjasa Sireh Pulang ke Gagang IX: Tahniah Puan Nur Mastura Mansor



Tahniah diucapkan kepada Puan Mastura Mansor, pemenang Anugerah Alumni Berjasa Sireh Pulang ke Gagang IX.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Mas" merupakan antara pencetus kepada penubuhan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak.

Kak Mas merupakan mantan Timbalan Presiden persatuan untuk dua sesi dan antara yang paling aktif bersama persatuan sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan pada kerjaya dan memberi ruang pada muka muka baru untuk menggerakkan persatuan.

Namun begitu, apabila dijemput untuk pulang semula ke kolej untuk program dan pengisian, beliau tidak pernah menolak bahkan memberikan komitmen yang baik dan sokongan kepada barisan kepimpinan persatuan.

Dalam ucapannya, Kak Mas berkata apa saja yang boleh disumbangkan kepada alumni dan kolej akan beliau berikan. Dan pasti faedahnya akan dapat kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Perak untuk pelbagai generasi mendatang.

Kesudian beliau untuk terus menyumbang pada kolej dan alumni adalah contoh terbaik untuk kita semua.

'Bersama Menabur Bakti'




Friday, February 9, 2018

Alumni Sebagai Contoh Teladan buat Para Pelajar: Perjumpaan Bersama Timbalan Pengarah, Encik Azman Mokhtar




Khamis lalu, pada 1/2/2018, telah berlangsung satu perjumpaan diantara Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Encik Azman Mokhtar bersama barisan alumni yang hadir untuk persiapan program Sireh Pulang ke Gagang IX.

Perjumpaan itu diisi dengan sesi berkenalan antara para alumni bersama Timbalan Pengarah dan juga sedikit sesi perkongsian pesanan. 






Berikut antara pesanan Encik Azman Mokhtar buat para alumni; 

1. Alumni tolong promosikan matrikulasi pada bakal pelajar dan pelajar-pelajar semasa.

Tanpa alumni, tiadalah contoh yang dikeluarkan daripada program matrikulasi untuk dijadikan rujukan pelajar semasa dan bakal pelajar. Selain kolej, alumni juga ada tanggungjawab untuk mendidik masyarakat tentang sistem matrikulasi yang merupakan sebuah platform pendidikan yang baik.

2. Teruskan menuntut ilmu sehingga tahap tertinggi

Encik Azman menekankan soal pendidikan dimana beliau tegaskan bahawa adalah sebaiknya alumni sambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi. Melalui medium pendidikanlah, orang diluar sana akan nampak sesuatu dalam diri kita. 

3. Jangan lupakan Alumni dan matrikulasi apabila sudah bekerjaya

Pesanan ini bukan sahaja buat para Alumni tetapi untuk para pelajar semasa juga. Apabila sudah memasuki fasa bekerjaya nanti, jangan pernah lupakan matrikulasi yang menjadi salah satu tempat menimba ilmu. Datanglah semula untuk berbakti bersama persatuan.

4. Teruskan jadi contoh teladan yang baik pada para pelajar

Dari dulu hingga kini, Alumnilah yang menjadi contoh ikutan buat para pelajar. Apabila Alumni turun semula ke kolej, pasti mereka akan jadi perhatian para pelajar. Oleh yang demikian, Alumni harus menunjukkan imej yang baik, sikap dan perwatakan yang terpuji sepanjang masa.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, Ustaz Ahmad Awang, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 1, Encik Aris Hanafi dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 2, Cik Hayatul Khairiah.

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Encik Azman Mokhtar atas pesanan dan kesudian untuk berjumpa dengan para Alumni. Semoga sokongan buat persatuan akan diteruskan untuk tahun tahun mendatang.

'Bersama Menabur Bakti'








Tuesday, February 6, 2018

Barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk sesi 2018/2020

Annual Grand Meeting telah berlansung dengan jayanya semasa program Sireh Pulang ke Gagang IX Sabtu lalu. 

Majlis Tertinggi persatuan bagi sesi 2016/2018 telah selamat membentangkan laporan program dan laporan kewangan sepanjang sesi mereka sebelum pembubaran dilakukan.

Setelah itu, proses pencalonan bagi jawatankuasa bagi sesi baru berlansung dan kita dapat melihat ramai muka baru telah dicalonkan dan dilantik bagi meneruskan momentum persatuan selama ini.

Tahniah buat barisan pegawai untuk sesi baru ini. Semoga dipermudahkan urusan dan terus gigih menerajui persatuan yang kita semua sayangi ini.

Jom kenali Barisan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bagi sesi 2018/2020.


Presiden

Nama penuh: Muhammad Hilmi Bin Ismail
Batch: 2008/2009
Bersama Alumni sejak tahun: 2009
Timbalan Presiden

Nama penuh: Abdullah Zahid B Shaharudin
Batch: 2010/2012
Bersama Alumni sejak tahun: 2012
Naib Presiden 1

Nama penuh: Hasnul Hisham Bin Hasamuddin 
Batch: 2010/2012
Bersama Alumni sejak tahun: 2012
Naib Presiden 2

Nama penuh: Syahirah Nabilah binti Rasidoun
Batch: 2014/2015
Bersama Alumni sejak tahun: 2015
Setiausaha Agung

Nama penuh: Mohammad Ainol Bin Mohd Asri 
Batch: 2012/2014
Bersama Alumni sejak tahun: 2014
Naib Setiausaha Agung

Nama penuh: Nurul Fatihah binti Ismail
Batch: 2014/2015
Bersama Alumni sejak tahun: 2015
Bendahari Kehormat

Nama penuh: Izzati Syafiqah bt Salham
Batch: 2015/2016
Bersama Alumni sejak tahun: 2016
Naib Bendahari Kehormat

Nama penuh: Noor Khairunnisa Binti Khalid
Batch: 2015/2017
Bersama Alumni sejak tahun: 2017

'Bersama Menabur Bakti'

Monday, February 5, 2018

Meneruskan Momentum : Ucapan Pertama Presiden NGO Alumni KMPk sesi 2018/2020







Alhamdulillah. SPKG yang ke-9 baru-baru ini mempersembahkan perubahan lebih daripada separuh individu di dalam Majlis Tertinggi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak. Ini menunjukkan persatuan ini bercita-cita untuk terus mara langkah demi langkah sambil memberi peluang kepada mereka yang masih muda.

Pemilihan saya sebagai Presiden persatuan ini bukanlah bermakna tiada yang lebih baik daripada saya. Kejayaan sesi 2016/2018 yang lalu adalah hasil sinergi di antara MT dan ahli-ahli. Maka kerjasama dan sokongan yang padu seperti ini wajib dikekalkan dan ditambah baik demi menjamin momentum persatuan terus bergerak laju kehadapan.

Tahun ke-9 saya bersama NGO Alumni KMPk. Melihat kegigihan para 'senior' menghidupkan persatuan ini pada tahun 2009 membuatkan saya terus jatuh cinta untuk menabur bakti di sini. Jasa mereka sentiasa kami kenang dan jadikan motivasi buat kami untuk memacu persatuan ini.

Persatuan ini memberi saya peluang untuk terus belajar. Daripada belajar dengan mengikuti mereka yang lebih berpengalaman kepada belajar dengan mereka yang lebih muda. Di dalam persatuan ini juga saya diberi peluang untuk menambah saham-saham kecil di akhirat.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada semua individu dan pihak yang tidak lelah memberikan bantuan kepada persatuan ini pada sesi 2016/18 yang lalu. Semoga Allah membalas segala jasa kalian.

Harapan saya agar semua pihak terutama para alumni, pihak pengurusan dan pelajar semasa terus dapat bekerjasama dengan baik demi kesejahteraan kolej dan persatuan alumni. Walaupun adakalanya wujud anasir-anasir luar yang cuba menganggu ketenteraman kolej dan alumni.

Jika ada malam dan siang,
Pasti ada duduk dan berdiri,
Jika ada badai yang datang,
Sama-sama kita pertahan diri.

Semoga persatuan ini terus maju dan mengekalkan momentum yang positif.

"Bersama Menabur Bakti"

Muhammad Hilmi Bin Ismail 
Presiden 
NGO Alumni KMPk

#alumnikmpk