Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, June 12, 2012

Exam Mode

Assalamualaikum wbt,
Salam bahagia!


SELAMAT BERJUANG
AHLI-AHLI ALUMNI KMPk SEKALIAN!

Semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Perbaharui niat, tuntutlah ilmu sehingga ke hembusan terakhir. Insya Allah. Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang sekeliling.

MEDAN BICARA ALUMNI KMPk mendoakan yang terbaik buat semua!

Jaga kesihatan, perbanyakkan doa tanpa meninggalkan usaha. Dan berserahlah kepadaNya. Insya Allah moga diberikan keputusan yang terbaik buat kita-kita semua.

LET'S CAMP 2 in progress...

Sebaran bahagia!

Monday, June 11, 2012

Alumni KMPk Gigih!


LOGO BARU!
Awesome!

Di sini lahirnya anak-anak bangsa berjaya,
Mendukung cita-cita wawasan negara,

Bersatu kita bersama,
Mengorak langkah,
Ke satu arah, satu tujuan,
Menuju KECEMERLANGAN....

Insya Allah ALUMNI KMPK kini mengorak langkah bagi penjenamaan semula keorganisasian Persatuan Alumni KMPk dengan misi :
  1. Meningkatkan pendaftaran dan penglibatan ahli alumni sebanyak 100%.
  2. Membantu pihak kolej dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. 
  3. Menyelaraskan segala sistem dokumentasi persatuan.
Ayuh bekas-bekas pelajar KMPk sekalian untuk terus bergiat aktif dalam merealisasikan misi ALUMNI KMPk kita ini. Teruskan berinteraksi dan menyumbang idea bagi kebaikan serta manfaat semua. Sebarkan Persatuan ALUMNI KMPk pada sahabat-sahabat yang masih samar-samar akan kewujudan ALUMNI ini.

Berkongsi ilmu dan pengalaman.
Sebarkan jalinan persahabatan.

Buat pengetahuan semua, ini adalah barisan Majlis Tertinggi Alumni KMPk terkini. Insya Allah bersama kita mengorak langkah dan merasai nikmat dengan memberi, menyumbang kepada kecemerlangan generasi yang berguna bagi bangsa dan agama. Insya Allah.



Presiden : Mohammad Faiz bin Kamarudin 

Timbalan Presiden : Nur Mastura binti Mansor 

Naib Presiden I : Ahmad Zulkamal bin Mohd Ziyadi 

Naib Presiden II : Amira binti Mohd Nasib

Setiausaha Agung : Nurul Illianida binti Roslan

Naib Setiausaha Agung : Mohd Lutffi bin Abd Latif

Bendahari Kehormat : Nur Shahidah binti Roselan 

Naib Bendahari Kehormat : Muhammad Hilmi bin Ismail 

Exco Hubungan Korporat : Mohamad Luqman bin Mohd Din 
Exco Penyelidikan dan Pembangunan : Noor Izzati binti Mohmd Yusof 
Exco Multimedia : Mohd Shahrul Nizam bin Ishak 
Exco Publisiti : Amal Athirah binti Zarzilah 

JOM sama-sama maju ke hadapan!

Hidup bukan selamanya,
Berusaha jadi insan yang terbaik,
Lebih baik daripada hari semalam.

Insya Allah.

ALUMNI KMPk AWESOME!
LET'S MAKE IT!


Insya Allah.

Nantikan program terdekat ALUMNI KMPk, LET'S CAMP 2!
Insya Allah.

Kepada yang sedang atau akan atau telah menduduki peperiksaan,
SEMOGA BERJAYA SEMUA!

Sunday, June 10, 2012

Selamat Hari Bapa

Jika bulan MEI hari ibu disambut, pada bulan JUN ini tiba pula giliran hari bapa. Namun yang demikian, hari ibu dan hari bapa ini bukanlah hanya dirai pada bulan-bulan ini tetapi sewajarnya setiap masa dan hari itu adalah hari-hari istimewa buat mereka. Kita sebagai anak yang akan merealisasikannya!

Sebagai anak, jasa ibu bapa amatlah tinggi nilainya hingga tiada tolok bandingnya. Wang ringgit? Harta kekayaan? Itu bukan ukurannya. Anak sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sebaik-baik kejadian, dikurniakan ibu bapa yang berusaha keras memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tanpa mereka siapalah kita di atas muka bumi Tuhan ini.

Bapa.
Abuyya.
Ayah.
Abah.
Abi.
Papa.
Daddy dan seangkatan dengannya.

Sinonim dengan tugas sebagai ketua rumah tangga. Ibarat nakhoda sebuah kapal yang sarat dengan muatan. Dikemudinya mengikut arah yang telah ditetapkan untuk sampai ke satu destinasi yang hendak dituju. Tugasnya bukan mudah kan? Andai kata salah kemudi, maka salah juga arahnya dan seterusnya sesatlah serta semakin jauh daripada destinasi yang hendak dituju itu.

Bapa,
Insan terpilih di antara kaum adam di dunia,
Menjadi nakhoda berwibawa,
Penunjuk arah mencapai impian yang utama,
Manusia terhormat, pendidik hawa,
Mendidik, rohani dan spiritual.

Bapa,
Dikau insan disegani lagi dihormati,
Dikau insan penuh amanah dan dedikasi,
Dikau insan anugerah Ilahi.

Bapa,
Pengorbananmu itu tiada nilai gantinya,
Hidup sementara ini kau korbankan segala,
Demi keluarga amanah Tuhanmu,
Penat lelah sepi, tiada jemu dalam kalbu.

Bapa,
Insan HEBAT!
AWESOME!


SELAMAT HARI BAPA daripada MEDAN BICARA ALUMNI buat ahli-ahli ALUMNI KMPK yang sudah bergelar bapa dan istimewa buat bapa-bapa sedunia. Semoga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya, dimurahkan rezeki dan dapat menjadi contoh tauladan kepada generasi muda masa ini. Insya Allah.

SELAMAT HARI BAPA!
JOM jadi warga ALUMNI yang tahu hargai jasa BAPA!

Sebarkan kasih sayang dalam keluarga!

Wednesday, June 6, 2012

Sekilas Pandang MPPB 2012/2013


 

Ini adalah kenangan MPPB tahun-tahun lepas yang pasti setiap kali Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini, akan ada kenangan-kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan terutama sekali bagi mereka yang bergelar AJK Orientasi (AJKO). Setiap tahun AJKO punya tagline tersendiri.

Tagline tahun ini, "AWESOME, PERGH!" menjadi pembakar semangat kepada para AJKO yang mempunyai bilangan yang paling sedikit jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Kekuatan AJKO iaitu seramai lebih kurang 90 orang ini berusaha sehabis baik bagi memastikan MPPB kali ini berjalan dengan lancar disamping membantu pihak kolej mencapai matlamat minggu MPPB.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar dan bertabah itu adalah mereka-mereka yang cantik dan handsome!"
 


Dengan kepadatan pelajar baru seramai lebih daripada 2,500 orang iaitu antara bilangan terbesar setakat ini, menjadikan ini salah satu cabaran terbesar buat AJKO-AJKO yang sedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Alhamdulillah. Awesome, pergh!

Tahniah!

Ini adalah perjalanan MPPB secara ringkasnya.

Hari Pertama

Merupakan hari pendaftaran pelajar yang menyaksikan kereta mula beratur seawal 7 pagi. Kesesakan dan kehangatan mula terasa. Namun demikian, pelajar-pelajar masih bersemangat untuk memulakan pengajian di matrikulasi ini. Kesemua AJKO memainkan peranan masing-masing mengikut tugas yang telah ditetapkan.





Semasa Taklimat Waris

Suasana hari pendataran - 28 Mei 2012


Orientasi bersama pelajar bermula pada jam 5 petang selepas taklimat waris sesi kedua yang berakhir pada kira-kira jam 4.15 petang. Pelajar segak menawan mengenakan baju yang diberikan oleh pihak kolej. 
Wajah ceria adik-adik kita


Hari Ke-2 hingga Hari Ke-4

Hari-hari ini diisi dengan sesi taklimat daripada setiap jabatan seperti jabatan peperiksaan, disiplin dan perpustakaan. Selain daripada taklimat, sesi LDK bersama kumpulan mentor mentee turut menjadikan MPPB menarik dan penuh dengan pengisian.

Pada hari ke-2, slot malam dipenuhkan dengan slot bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2011/2012 dimana di dalam slot ini budaya belajar di matrikulasi menjadi topik bual bicara mereka. Slot ceramah perdana pada hari ke-4 dapat menarik perhatian pelajar. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat semua pelajar, juga sebagai bekalan menempuh hari-hari mencabar di matrikulasi nanti.

Perhimpunan pagi - AJKO! Awesome, pergh!

Beg kuning menjadi identiti
(Perhimpunan pagi di dataran)

Smart!

Bersama kumpulan mentor mentee

Hari Ke-5

Tibalah hari penutup. Pelajar lelaki segak berpakaian formalnya bertali leher KMPk manakala pelajar perempuan juga berbaju formal dan bagi muslim bertudung hitam. Mana baju korporat yang diberikan? (Boleh lihat pada Fan Page Alumni KMPk, LIKE!) Memandangkan ada pelajar yang tidak mempunyai seluar slack hitam, maka rancangan pun ditukar. Ini bagi memastikan keseragaman dalam kalangan pelajar.

Tayangan multimedia (Insya Allah bakal di upload) menjadi gimik pada hari penutup, diterima baik oleh pelajar-pelajar. Terbaik! Suasana sepi di dalam dewan bertukar gamat dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh pelajar yang menyaksikan video ini. Tahniah!

Detik perpisahan dengan pelajar baru. Perkongsian sedikit sebanyak daripada AJKO Alumni dan AJKO yang lain harap dapat mempersiapkan adik-adik dalam mengharungi perjalanan hidup di matrikulasi. Yakinlah, usaha, doa dan tawakkal itu dapat membuahkan kejayaan yang cemerlang. Insya Allah.

Tagline MPPB tersemat diingatan:

Kopi O...Kopi O!
Perak macho...Perak macho!

Pepsi, cola, seven-up...Pepsi, cola, seven-up!
Ayuh Perak, don't give up...Ayuh Perak, don't give up!

Matrik gempak mana tu???
Matrik Perak! Matrik Perak!

Matrik gempak mana tu???
Matrik Perak! Matrik Pe...rak!

Suara bangkit semangat daripada AJKO kita ini, Manoosh dan Zairi yang mengetuai sorak menaikkan semangat adik-adik kita. Kerjasama adik-adik, pelajar baru ini memang first class! Alhamdulillah. 

"Apa yang adik-adik inginkan?"
"4 FLAT!!!!"

"Adik-adik, mula ombak daripada tepi sana! sambung dari tepi sana!"
Ommmbaaakkk..."Ooouuuhhhh"
Bunyi lebih, nasib baik ombak menjadi ya.
Terima kasih abang Ombak!

Abang-abang dan kakak-kakak AJKO yang awesome!

Atas bukit ada rumput,
Rumput cantik tak pernah lihat,
Bukit yang cantik, heyy..
Bukit yang cantik...!

Buat adik-adik semua, Insya Allah para AJKO dan Alumni akan mendoakan adik-adik. Jauh di mana, namun akan terasa sentiasa dekat di hati. Insya Allah Alumni telah pun merancang beberapa aktiviti bagi adik-adik semua, kami mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada adik-adik. Nantikan kedatangan kami. Insya Allah.

Semoga berjaya daripada panel MEDAN BICARA ALUMNI! :)
Like Fan Page Alumni KMPk dan ikuti perkembangan aktivti dan program yang dijalankan.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta ya!

Teruskan menyokong aktiviti Alumni KMPk!
Salam bahagia buat semua!
Waallahu'alam.

Tuesday, June 5, 2012

Re-Born MEDAN BICARA ALUMNI

Assalamualaikum.
Salam bahagia buat semua!

Alhamdulillah.
Akhirnya wajah baru blog ALUMNI KMPk dapat disiapkan. Walaupun masih dalam rangka kemaskini, diharapkan blog ini dapat menjadi medium yang menghubungkan ahli-ahli Alumni secara keseluruhannya. Insya Allah. Juga memberi info-info terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh ALUMNI KMPK.

Insya Allah moga bermanfaat buat semua. Sebarang cadangan atau persoalan boleh diajukan disini. Kami daripada pihak Majlis Tertinggi ALUMNI KMPK dan exco-exco yang lain bersedia memberi khidmat yang sewajarnya. Insya Allah.

Teruskan menyokong ALUMNI KMPK!
Follow MEDAN BICARA ALUMNI ini bagi memudahkan kalian mengikuti aktiviti terkini ALUMNI KMPK. Sokongan kalian amat kami hargai. Sekian, salam perpaduan satu ALUMNI KMPK.

Mempersembahkan: