Social Icons

twitterfacebook

Saturday, March 24, 2018

NGO Alumni Kolej Matrikulasi Perak Sebagai Ikon



Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk baru sahaja selesai menjalani Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) di Putrajaya untuk menyusun gerak kerja kepimpinan persatuan bagi sesi 2018/2020.

Kesemua Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk yang hadir telah bersama membincangkan Visi, Misi dan Objektif (VMO) persatuan di samping menetapkan portfolio tugas dan juga hal-hal berkaitan gerak kerja.

Sebelum itu, telah berlangsung pertemuan di antara Majlis Tertinggi Persatuan Alumni KMPk dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Isu utama yang telah dibincangkan adalah berkenaan usaha memastikan setiap matrikulasi mempunya alumni yang sah berdaftar sebagai NGO dan penubuhan Gabungan Alumni Matrikulasi seluruh Malaysia.

Kursus Pengurusan Organisasi yang diadakan telah membuka ruang untuk memperincikan lagi gerak kerja dari sudut pengurusan, perhubungan dan perlaksanaan demi memastikan hasrat persatuan dan Bahagian Matrikulasi
Besar harapan kami agar semua bekas pelajar matrikulasi dapat turut bersama dalam menjayakan usaha ini. Semoga kami agar dapat mengemudi persatuan ini dengan cemerlang.

"Bersama Menabur Bakti"

Abdullah Zahid Bin Shaharudin
Timbalan Presiden
NGO Alumni KMPk

Tuesday, March 6, 2018

Sesi Mengopi Bersama Ketua Penolong Pengarah BMKPM: Saham Sampai Syurga

Nota Editor: Semalam 6 Mac 2018, Presiden Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak, Tuan Hilmi Ismail telah berpeluang untuk bertemu dengan Tuan Hasyidan Hussain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM. Berikut adalah perkongsian daripada diskusi semasa pertemuan tersebut.

Alhamdulillaah baru selesai sesi santai 'mengopi' bersama orang hebat iaitu Tuan Hasyidan Mohd Hussain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM. Orangnya sangat bersahaja dan banyak nasihat dan idea yang dilontarkan.
Fokus perbincangan kami tertumpu kepada misi menubuhkan Gabungan Alumni Matrikulasi Semalaysia. Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM juga mempunyai hasrat yang besar untuk menghidupkan alumni di setiap kolej matrikulasi dan seterusnya mewujudkan persatuan gabungan. Banyak manfaat yang kami dapat lihat sekiranya projek gabungan ini dapat dijayakan terutama untuk pelajar semasa, bekas pelajar yang berada di kampus dan mereka yang sudah bekerjaya.
Lebih kurang 2 jam duduk semeja, idea beliau selari dengan idea dan hasrat saya secara peribadi dan juga NGO Alumni KMPk untuk mewujudkan Rangkaian Kerjaya.
Kita jayakan agenda alumni ini bukan untuk diri kita. Tetapi hasrat kita hanyalah ingin memberikan secebis manfaat kepada orang lain. Dengan harapan mereka akan buat perkara yang sama kepada generasi seterusnya.
Jadi saya nak mohon sesiapa sahaja kawan saya di sini yang pernah belajar di dalam program matrikulasi, tak kira matrik mana. Kedah, Penang, Pahang dan lain-lain, untuk share post ini dan tag kawan2 lama di matrik dulu untuk sama-sama kita jayakan misi Aumni-alumni Matrikulasi Semalaysia ini.
Biarlah wang, masa dan tenaga kami habis, InsyaAllah di 'sana' nanti kami akan jadi orang 'kaya'.
Bak kata Tuan Hasyidan tadi, "Saham sampai syurga".
"Bersama Menabur Bakti"

Monday, March 5, 2018

Anugerah Tokoh Alumni, Sireh Pulang ke Gagang IX: Anugerah Yang Bermakna




Muhammad Hilmi Bin Ismail dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni semasa Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang IX yang lalu.

Beliau adalah Presiden Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak sesi 2018/2020. Lantikan ini telah menjadikan beliau alumni yang pertama menjawat jawatan sebagai Presiden untuk tiga sesi berturut turut. Ini menjadi bukti keyakinan dan sokongan para alumni terhadap beliau.

Dalam ucapan beliau selepas lantikan semasa Annual Grand Meeting yang lalu, beliau berkata kerjasama dan sokongan padu antara Majlis Tertinggi dan ahli-ahli persatuan wajib dikekalkan dan ditambah baik demi menjamin momentum persatuan terus bergerak laju kehadapan.

Antara lain beliau berkata persatuan ini telah memberi beliau peluang untuk terus belajar dengan mengikuti mereka yang lebih berpengalaman dan juga mereka yang lebih muda. Persatuan ini juga memberi peluang untuk para alumni sama-sama menambah saham-saham kecil di akhirat.

Anugerah ini telah diberikan untuk mengiktiraf dan sebagai penghargaan pada beliau atas jasa sepanjang terlibat bersama persatuan ini. Semoga beliau terus bersemangat untuk berbakti pada persatuan dan kolej.

"Bersama Menabur Bakti"

Anugerah Ikon Alumni, Sireh Pulang ke Gagang IX: Sebuah Pengiktirafan





Anugerah ini telah diberikan kepada Hasnul Hisham Bin Hasamuddin, Naib Presiden 1 NGO Alumni KMPk sesi 2018/2020.

Ia adalah tanda pengiktirafan kepada beliau yang aktif bersama persatuan dan banyak terlibat dalam memastikan kelancaran gerak kerja persatuan ini sejak melibatkan diri selepas tamat pengajian di kolej dahulu. Beliau juga antara yang giat dalam memastikan imej Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak ini terjaga dan kekal berperstij samada di media sosial ataupun diluar.

Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan Ketua Exco Publisiti & Multimedia (sesi 2014/2016) dan juga Naib Setiusaha Agung (sesi 2016/2020) sebelum dilantik sebagai Naib Presiden 1 semasa Annual Grand Meeting yang lalu.










Diharapkan anugerah yang diberi dapat memberi galakan dan motivasi untuk terus aktif bersama persatuan ini, bukan saja pada beliau tapi juga pada alumni lain.


"Bersama Menabur Bakti"

Anugerah Perintis Alumni, Sireh Pulang ke Gagang IX: Dorongan dan Motivasi buat Alumni



Anugerah ini diberikan sebagai dorongan dan motivasi pada para Alumni untuk terus beri komitmen pada persatuan. Pemenang telah dipilih dari kalangan Alumni yang masih baru dan ada potensi untuk terus bantu Alumni untuk masa yang panjang.

Syahirah Nabilah Binti Rasidoun telah dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah ini semasa program Sireh Pulang ke Gagang IX yang lalu. Beliau merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2014/2015 dan usai tamat pengajian beliau terus memberi komitmen bersama persatuan.

Beliau merupakan Pengarah program Sireh Pulang ke Gagang IX dan telah dilantik sebagai Naib Presiden 2 Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak bagi sesi 2018/2020.


Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga terus komited bersama persatuan.

"Bersama Menabur Bakti"