Social Icons

twitterfacebook

Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak




Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kerana dapat bertemu dengan bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi pada tahun ini. 

Di kesempatan ini, saya mewakili para Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga Kolej Matrikulasi Perak, para alumni dan umat islam seluruhnya. Ayuh kita sama-sama isikan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan yang murni dan bermanfaat kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.


Antara kenangan yang paling diingati sepanjang bergelar pelajar Program Matrikulasi adalah apabila berpeluang untuk berpuasa di KMPk bersama rakan-rakan. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama seperti majlis berbuka puasa dan sahur beramai-ramai. Tidak dilupakan majlis khatam Al-Quran yang merupakan antara program besar anjuran Unit Pendidikan Islam di bulan Ramadhan.  Suatu memori yang indah yang pasti tidak dapat dilupakan.

Semoga Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepada kita semua supaya Ramadhan kali ini dapat kita perbaiki ibadah puasa kita dan melipatgandakan ibadah-ibadah yang lain.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Abdullah Zahid B Shaharudin
Timbalan Presiden
NGO Alumni KMPk

Baca juga: Thousand Words for Gaza

No comments: