Social Icons

twitterfacebook

Saturday, June 11, 2016

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2016/2017 yang Gemilang


Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas kelancaran Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) sesi 2016/2017 yang telah berlansung selama seminggu daripada 5 hingga 9 Jun yang lalu. MPPB kali ini pada saya lebih mencabar kerana ianya berlansung di dalam bulan Ramadhan. Namun begitu, saya cukup berbangga kerana para alumni dan AJKF telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi walaupun masing-masing penat berpuasa. Sungguhlah puasa itu bukan penghalang untuk kita berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Saya bagi pihak NGO Alumni KMPk ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para alumni yang komited, AJKF yang sentiasa bersemangat dan para pensyarah kerana telah bersama-sama menjayakan MPPB kali ini. 

Buat para alumni yang sudi meluangkan masa dan tenaga sepanjang MPPB kali ini, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Khas buat para AJKF, saya mendoakan agar kalian dipermudahkan urusan kemasukan ke universiti. Semoga kalian terus maju dimasa hadapan. 

Dikesempatan ini, saya juga ingin menyeru para AJKF untuk terus melibatkan diri bersama-sama dengan NGO Alumni KMPk. Terdapat pelbagai aktiviti dan program di dalam perangcangan yang memerlukan penggerak. Terdekat, kita akan menganjurkan aktiviti gotong royong perdana sempena hari raya di KMPk.

Kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2016/2017, tahniah dan selamat datang ke kolej terbaik Malaysia ini. Semoga kalian menggunakan kesempatan dan peluang yang telah diberikan ini sebaik mungkin. Jadilah insan berguna di masa hadapan kelak.

Buktikan kita terbaik!

'Menuju Alumni Berprestij!'

Izzah Nadhirah Dzulkifli
Naib Presiden II
NGO Alumni KMPk

No comments: