Social Icons

twitterfacebook

Sunday, June 12, 2016

Berminat nak Jadi AJKO? Baca Penjelasannya Disini

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk, Hasnul Adin berkenaan AJKO dan MPPB.


Pada para alumni yang sudi luangkan masa untuk menjayakan ToT AJKO dan MPPB pada kali ni, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.
Walaupun masing-masing punya urusan lain di kampus dan tempat kerja, tapi kalian tetap berusaha untuk hadir dan bantu. Ada yang datang sehari dua sahaja, ada yang datang, balik dan datang semula dan ada yang terpaksa batalkan niat di saat akhir. Ada juga yang terpaksa balik awal sebab nak menghadapi peperiksaan. Apa pun terjadi, yang penting niat kalian untuk membantu tu yang penting.

Tahniah pada kalian semua.
Bagaimana nak jadi AJKO?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AJKO hanya dipilih dari kalangan pelajar yang tamat pengajian di KMPk pada tahun yang sama. Jadi untuk MPPB tahun 2017 contohnya, para AJKO hanya akan dipilih dari kalangan pelajar-pelajar KMPk sesi 2016/2017 sahaja.
Untuk alumni pula (bekas-bekas pelajar sesi lain) telah disediakan kuota khas. Biasanya kuota alumni untuk MPPB hanya seramai 10 orang sahaja. Dan tugas alumni pula tidak sama seperti AJKO. Alumni akan bertindak untuk membantu para AJKO sepanjang MPPB berlangsung. Bukannya melakukan tugas-tugas mengikut unit-unit tugasan mereka.
Antara alumni yang menjayakan ToT AJKO kali ini.
Dengar-dengarnya untuk MPPB tahun hadapan kuota alumni akan ditambah. Jadi kepada mana-mana alumni yang berniat dan berminat untuk turut serta pada MPPB tahun hadapan, saya syorkan kalian mula aktifkan diri dan libatkan diri dengan program-program NGO Alumni KMPk dari sekarang. Disebabkan ada kuota, jadi kita terpaksa beri keutamaan kepada mereka yang aktif dengan program-program alumni dan mereka yang pernah terlibat dengan MPPB sahaja.
Bulan Julai dan Ogos ini NGO Alumni KMPk akan mengajurkan beberapa program yang memerlukan tenaga penggerak. Info lanjut berkenaan program kita akan umumkan di Facebook page dan Instagram rasmi persatuan kelak.
Buat para alumni yang baru tamat pengajian sesi 2015/2016, saya ingin menjemput kalian untuk join group rasmi Alumni KMPk di Facebook Groups. Antara medium yang kalian boleh gunakan nanti apabila hendak bertanyakan soalan berkenaan kos dan universiti yang bakal kalian mendaftar.
'Menuju Alumni Berprestij!'

No comments: