Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, April 20, 2016

Ini Puncanya Kenapa Pelajar Matrikulasi Gagal

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Encik Mahfuz Najhan, Ketua Jabatan Matematik Kolej Matrikulasi Perak berkenaan punca kegagalan pelajar Program Matrikulasi.








Semalam bertalu saya menerima pertanyaan tentang pelajar yang gagal dalam Matrikulasi. 

Untuk pengetahuan, sukar untuk seseorang pelajar itu gagal dalam sistem matrikulasi kerana ianya sangat terbimbing. Tambahan pula berapa ribu ringgit duit negara telah digunakan untuk menaja seorang pelajar matrikulasi. 


Daripada pengalaman saya, pelajar-pelajar yang gagal selalunya;


1. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng dan tidak menyempurnakan tugasan-tugasan.


2. Pelajar yg tidak berminat untuk berjaya kerana mempunyai sasaran yang lain. Seperti ingin ambil kursus lain tetapi dipaksa oleh keluarga menyebabkan mereka datang hanya sekadar datang. Bukan untuk mencari kejayaan.


3. Pelajar yangg lemah tapi malu untuk memperbaiki keadaan tersebut. Peratusnya sangat kecil kerana anda yang dipilih ke matrikulasi adalah dikalangan pelajar cemerlang. Dan jangan bimbang, pensyarah matrik sangat kompeten membantu anda.
Ada dikalangan pelajar yang cemerlang sewaktu SPM kemudian tidak cemerlang di Matrikulasi. Ini kerana kemungkinan besar mereka tergolong dalam kumpulan satu atau dua di atas. Mereka kemudiannya menjadikan alasan kesusahan matrikulasi sebagai faktor kegagalan mereka untuk cemerlang. 

Ini antara faktor penyebar 'khabar angin' kesusahan matrikulasi. Sedangkan ada di sisi lain pelajar yang hanya 'biasa' sewaktu SPM tetapi boleh berjaya menjadi 'luar biasa'. 

Asasnya kehidupan di matrikulasi bermula dengan USAHA kita.


Saya pernah mengajar Program Dua Tahun (PDT) dan pernah mengajar Pelajar ambilan kedua (PDT belum diperkenalkan) dan sehingga kini saya berbangga dengan pencapaian mereka. Walaupun mereka masuk dalam keadaan keputusan yang agak rendah daripada kawan-kawan lain, tapi mereka kini ada bergelar doktor, yang mengambil PHD sebagai pensyarah universiti dan ada yang kini berada di luar negara (kerana beberapa universiti luar negara mengikhtiraf matrik). 

Anda boleh memilih untuk berjaya atau tidak berjaya kerana ia bermula dengan diri kita.

No comments: