Social Icons

twitterfacebook

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436 Hijrah

Assalamualaikum. 

Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada didalam bulan Rabiul Awwal tahun 1436 Hijrah ini. Sekali lagi, kita sama-sama berada dalam suasana menyambut maulidur rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat islam di seluruh dunia.




Rasullullah SAW adalah contoh yan terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Sesungguhnya, apabila Rasullulah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh didalam ibadat tetapi dalam semua aspek kehidupan. Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasullulah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun. Hakikatnya, maulidur rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran Baginda Rasullulah SAW, tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa oleh baginda.

Sekian. 



No comments: