Social Icons

twitterfacebook

Thursday, October 16, 2014

Education Career Fair

Assalamualaikum, salam ukhuwah dan salam sejahtera sahabat-sahabat alumni semua. ☺☻

☼ Education and Career Fair! 

Program anjuran NGO Alumni KMPk yang seterusnya. Program ini akan dijalankan pada bulan Februari tahun depan. Program ini khas untuk pelajar semasa KMPk.

Tujuan diadakan program ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang alam universiti dan kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang.

Melalui program ini, pelajar dapat mengetahui tips serta panduan pemilihan universiti dengan lebih bijak, juga dari sudut kerjaya dan mahasiswa IPTA itu sendiri.


Dengan adanya program sebegini diharapkan agar pelajar dapat menguruskan diri, terutama dalam pelajaran, masa dan tekanan disamping membuat persediaan awal dengan lebih sistematik untuk menempuh alam universiti kelak.


Akhir kata, dengan ucapan bittaufiq wannajah, moga program Education Career Fair ini dapat memberikan input untuk para pelajar, supaya lebih berjaya di masa hadapan. إن شاء الله

1 comment:

Unknown said...

Assalmualaikum w.b.t. Nak tnya...macam mana nk daftarkan diri wakil Universiti?