Social Icons

twitterfacebook

Saturday, May 29, 2010

Al-Fatihah

Takziah diucapkan untuk salah seorang daripada MT AlumniKMPk kita iaitu Siti Habesah atas pemergian ibundanya yang tercinta kelmarin.Moga rohnya ditempatkan dikalangan para solehah dan moga berada di bawah rahmat Allah insyaAllah.

Moga beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ni.Yakinlah bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yang telah ditetapkanNya insyaAllah.

Wednesday, May 19, 2010

Pengumuman!!!

SALAMUNALAIK...
TAHNIAH diucapkan kepada salah seorang dari MT Alumni KMPk kita kerana bakal menamatkan zaman bujang nya bulan 6 ni.
MT tersebut adalah AHMAD SUHAIMI BIN MOHD SALLEH a.k.a. ABANG SAM.

jadi pada semua AlumniKMPk dan warga KMPk, siapa-siapa yang ada kelapangan, marilah kita memeriahkan lagi majlis sambutan raja sehari Abang Sam kita.(^_^)






kami dari AlumniKMPk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Abang Sam dan bakal isteri. Moga ikatan suami isteri yang terjalin akan berkekalan hingga ke syurgaNya insyaAllah. BARAKALLAHULAKUMA(^_^).

Tuesday, May 18, 2010

Result Exam

Buat adik-adik KMPk batch 2009/2010 yang baru saja dapat tahu keputusan untuk PSPM 2, tahniah diucapkan kepada semua.

-Kepada yang berjaya dengan cemerlang, jangan lupa diri, keep your feet on the ground.Jangan lupa untuk melakukan sujud syukur kerana dari Allah juga lah datangnya segala kejayaan.

-Kepada yang dapat keputusan yang tidak sama macam yang diharapkan, jangan bersedih hati, jangan putus asa sebab ini bukan pengakhirannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kuat kan semangat dan tabah kan hati. Rezeki itu di mana-mana. Pasti ada hikmah di setiap apa yang tejadi.(^_^)

Akhir sekali kemaskinilah pemilihan UPU tu sebaik yang mungkin. Fikir masak-masak semasak yang mungkin sebelum buat pilihan.

P/S : Tidak lupa juga pada semua alumni-alumni KMPk yang result final exam juga akan keluar tak lama lagi, semoga berjaya diucapkan.(",)

MPPB 2010/2011

Alhamdulillah tamat sudah minggu pengurusan pelajar baru(MPPB) untuk pengambilan pelajar sesi 2010/2011. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MPPB kali ni terutama pihak pentadbiran KMPk.

-Semoga adik-adik pelajar KMPk baru enjoy menjalani hidup baru di KMPk. Cuma satu pesanan dari kami, ""ENJOY EVERY MINUTE OF YOUR LIFE AT KMPk".=)

-Kepada adik-adik AJKO baru, moga ini bukan kali pertama dan kali terakhir libatkan diri dalam menyumbang kepada kolej.InsyaAllah pihak Alumni akan cuba merangka dan melaksanakan lagi program-program selepas ni. Jadi adik-adik semua boleh turut serta.

-Di bawah ada sedikit tatapan umum(^_^) :